Ratni213's Blog

April 11, 2010

Pandangan pragmatis tentang tujuan hidup

Filed under: Uncategorized — ratni213 @ 6:23 pm

Ahli-ahli falsahah pragmatisme mencadangkan bahawa lebih daripada kebenaran hidup, kita perlu mencari pemahaman hidup yang berguna. William James memperdebatkan bahawa kebenaran boleh dicipta tetapi tidak boleh dicari. Oleh sebab itu, makna hidup merupakan kepercayaan mengenai tujuan hidup yang tidak boleh bercanggah dengan pengalaman kehidupan seseorang yang bertujuan. Secara am, ini bermaksud: “Makna hidup merupakan tujuan-tujuan yang menyebabkan anda menghargainya.” Kepada penyokong pragmatisme, makna hidup, yakni kehidupan anda, boleh ditemui cuma melalui pengalaman.
Pragmatisme adalah aliran fikiran falsafah yang berasal dari Amerika Syarikat pada akhir 1800-an. Pragmatisme disifatkan oleh desakan akibat-akibat, kebergunaan, dan praktikalnya sebagai bahan-bahan kebenaran.
Pragmatisme membantah pandangan bahawa konsep-konsep manusia dan daya fikirnya melambangkan hakikat, dan oleh sebab ini, ia bertentangan dengan aliran fikiran falsafah formalis dan rationalis. Lebih daripada ini, pragmatisme menganggapi bahawa cuma melalui perjuangan organisma yang cerdas dengan persekitarannya bahawa teori-teori dan data dapat memperolehi kepentingan. Walau bagaimanapun, pragmatisme tidak menganggapi bahawa kesemua yang berguna atau praktikal kena dianggapi sebagai yang benar, termasuknya apa-apa yang membantu kehidupan kita pada jangka masa yang pendek; penyokong pragmatisme memperdebatkan bahawa apa yang kena dianggapi sebagai benar merupakan apa yang terbanyak menyumbang kepada kebaikan manusia dalam jangka masa yang panjang.
Pada praktiknya, ini bermakna bahawa bagi penyokong pragmatisme, tuntutan teori kena terikat kepada prosedur penentusahan, yakni seseorang harus berupaya membuat ramalan dan mengujikannya, dan pada akhirnya, keperluan manusia boleh memandukan laluan tanya siasat manusia.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Makna_hidup

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: