Ratni213's Blog

April 11, 2010

Pandangan ateis tentang makna tujuan hidup

Filed under: Uncategorized — ratni213 @ 6:21 pm

Dengan erti kata yang sebenarnya, “atheisme” merupakan kepercayaan bahawa tuhan ataupun kuasa ghaib tidak wujud dan oleh demikian, alam semesta dan manusia bukan dicipta olehnya. Atheisme berkait dengan salah tiga daripada lima tafsiran tentang persoalan makna hidup:
• “Apakah asalnya hidup?”
• “Apakah sifatnya hidup (dan alam semesta di mana kita hidup)?”
• “Apakah tujuannya hidup ataupun tujuan dalam kehidupan?”
Oleh sebab mereka tidak percaya bahawa tuhan-tuhan ada kena-mengena dengan hidup, kebanyakan ateis percaya bahawa hidupan berkembang dan bukannya dicipta. Disebabkan ketiadaannya tuhan-tuhan di alam semesta, sifatnya hidup tertinggal kepada kita untuk menentukannya dengan cara yang saintifik, dan kita sendiri terpaksa memastikan tujuan hidup kita.
Walau bagaimanapun, “atheisme” merupakan istilah yang relatif. Kebanyakan orang akan menganggapkan diri sebagai ateis terhadap tuhan-tuhan Babylonia, Egypt, Yunani dan Roman. Kebanyakan orang Kristian, Yahudi dan Islam juga merupakan ateis terhadap agama Timur seperti agama Buddha, Hinduisme dan Taoisme bagi alasan yang sama, dan sebaliknya dengan penganut Buddha, Hindu dan Taoisme berhubungan dengan agama-agama Barat. Walaupun “ateis” biasanya digunakan untuk sesiapa yang tidak percaya kepada Tuhan ataupun tuhan-tuhan yang digambarkan oleh mana-mana satu daripada agama-agama ini, ateis-ateis ini juga menuntut bahawa agama adalah mitologi yang bodoh dan nyatanya direka.
Kebanyakan ateis menganggapkan diri sebagai agnostik dari segi persoalan wujudnya atau tidaknya kuasa ghaib walaupun mereka tidak percaya kepada agama-agama sezaman. Mereka mengemukakan alasan bahawa kewujudan atau tidak kuasa tersebut tidak dapat ditentusahkan, sedangkan kami boleh melihat pengaruh usaha manusia dengan terang tentang penciptaan dan pengembangan pelbagai mitologi di sepanjang sejarah (termasuk agama-agama sezaman).
Oleh sebab ateisme ditakrif dengan ketiadaannya tuhan, “ateis” selalunya ditakrifkan dengan apa yang mereka tidak percaya dan bukan dengan apa yang dipercayai mereka. Dalam konteks ini, kebanyakan orang yang tidak mempercayai kepada tuhan berpendapat bahawa “ateisme” merupakan label yang digunakan untuk menghina mereka oleh penganut teisme. Dengan demikian, ramai ateis menganggap ateismenya tidak beberapa penting kepada kedudukan falsafah utama mereka, dan lebih suka ditakrif dengan apa yang dipercayai sebenarnya. Ateisme merupakan sebahagian daripada falsafah-falsafah dan teori-teori asal usul yang lain, termasuknya evolusionisme, eksistensialisme, Darwinisme, humanisme, nihilisme dan humanisme trans. Sekiranya tiada Tuhan, makna hidup tertinggal kepada kita untuk mencarikan ataupun mentakrifkannya.
Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Makna_hidup

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: