Ratni213's Blog

April 11, 2010

Kepercayaan agama tentang tujuan hidup

Filed under: Uncategorized — ratni213 @ 6:24 pm

Sering disarankan bahawa agama merupakan gerak balas keperluan manusia bagi memberhentikan kekeliruan, atau ketakutan mati (dan hasrat iringan untuk menghidup). Dengan mentakrifkan sebuah alam di luar kehidupan (alam rohaniah), keperluan ini dapat dipenuhi dengan pembekalan makna, tujuan dan harapan untuk kehidupan kita yang tidak bermakna, tidak bertujuan serta yang terbatas. Kebanyakan orang yang percaya kepada Tuhan peribadi akan bersetuju bahawa Tuhan adalah “di mana kita hidup, bergerak dan wujud”. Menurut tanggapan ini, kami harus mencari pihak yang berkuasa yang boleh memberikan makna kepada kehidupan kita dan membekalkan kita dengan tujuan melalui panduannya. Keputusan mempercayai pihak berkuasa ini digelarkan “pelompatan kepercayaan” dan pada umumnya, kepercayaan ini merupakan makna hidup orang yang beriman.
Sebuah contoh yang menunjukkan bagaimana agama boleh mencipta tujuan boleh didapati dalam cerpen penciptaan Wasiat Lama: tujuan manusia adalah untuk “berhasil, berganda dan menambah lagi di alam, serta menaklukinya” Genesis 1:28. Ini mempertunjukkan bahawa pembiakan, pemeliharaan alam dan kawalan persekitaran merupakan tiga tujuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk manusia. Walau bagaimanapun, arahan-arahan yang diberikan oleh Tuhan dan makna hidup (atau tujuan kewujudan) tidak merupakan benda yang sama.
Lagi satu contoh, yakni kali ini daripada Wasiat Baru, adalah dua rukun yang teragung daripada Mark 12:28-31:
“Rukun yang pertama di antara semua rukun ialah: ‘Dengar, O Israel, Tuhan adalah satu. Dan engkau kena memberi kekasihan kepada Tuhan dengan setulus hati, dengan setulus jiwa, dengan segala minda, dan dengan segala kekuatan. Ini merupakan rukun pertama. Dan yang kedua adalah: “Engkau kena menyayangi jiran engkau seperti diri kendiri.’ Tiadanya rukun yang lebih mustahak daripada rukun-rukun ini.”
“Soal Jawab Agama Secara Ringkas Westminster” (“The Westminster Shorter Catechism”) menyelidiki sejarah mengenai apa yang Tuhan telah mengajari manusia, dan meringkaskannya pada permulaan terbitannya: “tujuan utama manusia adalah untuk menyembah Tuhan, dan merasai nikmatNya untuk selama-lamanya”.
Pandangan Islam adalah bahawa Tuhan mencipta manusia untuk satu tujuan sahaja, iaitu untuk menyembahNya: “Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.” (Qur’an, 51:56). Penyembahan dalam Islam bukan sahaja bermakna melaksanakan upacara amal, tetapi juga merangkumi bekerja, menghasilkan, membuat pembaharuan serta meningkatkan taraf penghidupan supaya dapat mentaati Allah. Bagi orang Islam, hidup adalah satu ujian. Kejayaan anda dalam ujian ini akan menentukan ke mana anda akan pergi: Syurgakah ataupun Neraka.
Meskipun, tiada satu pun daripada pendekatan-pendekatan ini dapat memberi jawapan yang sempurna kepada soalan “Apa makna hidup?” apabila soalan ini ditanyai dalam konteks falfasah. Bukannya jawapan yang sempurna bila dikatakan: “Percayailah dan engkau akan memahami.” Ini disebabkan ia tergantung kepada kepercayaan yang membuta babi terhadap pengajaran yang disampaikan, dan bukannya melalui logik, kebijaksanaan dan pengalaman peribadi. Dari segi ini, agama cuma memberitahu anda melalui siri rukun tentang apa yang kena dipercayai dan apa perlu dibuat.
Jawapan-jawapan teologi yang tulen seumpama ini menimbulkan soalan-soalan lain. Contohnya, sekira kita wujud untuk mematuhi, bagaimanakah pematuhan ini akan memperbaiki kita? Sekiranya kita hidup untuk menyembah Tuhan, apakah tujuan Tuhan, dan bagaimanakah ini akan memperbaiki kita? Bagi orang-orang yang beriman, mereka mungkin juga berasa bahawa perintah-perintah yang dogmatik sebegini tidak memuaskan.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Makna_hidup

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: